NOMBOR BULAT - Perbezaan di antara nilai tempat dan nilai digit
Murid sering keliru apabila diminta untuk memberikan jawapan dalam nilai tempat (place value) atau nilai digit. Nilai tempat merujuk kepada jawapan dalam bentuk perkataan manakala nilai digit merujuk kepada jawapan dalam bentuk nombor.
Contoh perbezaan antara nilai tempat dan nilai digit
APA ITU NOMBOR BULAT?
Nombor bulat atau integer. Nombor bulat bukanlah nombor yang di tulis dalam bulatan…. TETAPI Nombor bulat ialah nombor-nombor yang digunakan untuk membilang seperti 0, 1, 2, 3, 4, 5,….. dan seterusnya sehingga infiniti (tidak terhingga).
Setiap digit dalam sesuatu angka mempunyai nilai tempat dan nilai digitnya tersendiri. Misalnya nombor 123456789 123456789 dinyatakan dalam perkataan ialah Seratus dua puluh tiga juta empat ratus lima puluh enam ribu tujuh ratus lapan puluh sembilan.